GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Perkemas struktur cukai sedia ada


Publication: HM
Date of publication: Oct 26, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 011
Byline / Author: Oleh Mohd Sabran Md Sani; Faizatul Farlin Farush Khan; Maiamalina Mohamed Amin; Afiq Hanif; Syarifah Dayana Syed Bakri; Nor Azura Abdul Jalil; Sri Ayu Kartika Amri; Yusliza Yakimir Abdul Talib; Raja Noraina Raja Rahim; Hamizah Badiran; Yusmizal Dolah Aling; Ridzuan Abdul Rahman; Michelle Gun; Hafiz Ithnin; Ardyhansah Amat; Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor; Fazurawati Che Lah; Shuhada Mansor Rizanizam Abdul Hamid; Sofyan Rizal Ishak; Nur Lela Zulkipli; Nur Hamizah Abd Kadir

Kuala Lumpur: Cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan untuk barangan dan perkhidmatan yang dibeli dan digunakan.

Elemen percukaian bukan sebahagian daripada kos produk memandangkan ia input yang boleh dituntut.

Sekiranya GST dilaksanakan, ia akan menggantikan cukai jualan menerusi Akta Cukai Jualan 1972 dan kadar standardnya adalah 10 peratus ke atas pelbagai jenis barangan dan lima peratus pada produk tertentu seperti makanan, produk penjagaan kebersihan dan bahan binaan.

Bagi sektor perkhidmatan, buat masa ini Akta Cukai Perkhidmatan 1975 membolehkan kadar sebanyak enam peratus dikenakan atas perkhidmatan bercukai yang disediakan restoran dan hotel, perkhidmatan telekomunikasi serta perkhidmatan profesional seperti arkitek, jurutera, peguam, juruukur, dan akauntan.

Berkuat kuasa Januari 2010, cukai turut dikenakan ke atas caj tahunan kad kredit dan kad caj pada kadar RM50 dan RM25 bagi kad tambahan.

Dua sistem berbeza dalam satu masa akan menyebabkan pertindihan di mana satu barangan boleh dikenakan cukai dua kali. Malah, ia juga mengakibatkan kesan piramid di mana wujudnya peratusan tokokan yang dikenakan di peringkat pengeluar dan pengedar sebelum sampai kepada pengguna.

Langkah memperkenalkan GST untuk memperkemas struktur cukai sedia ada bagi menjadikannya lebih cekap, berkesan dan telus.

Tidak semua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST di mana kerajaan memperkenalkan beberapa mekanisme iaitu bekalan berkadar sifar yang merangkumi produk asas, bekalan ternakan dan eksport barangan dan perkhidmatan untuk menjadikannya berdaya saing di luar negara.

Selain itu, terdapat juga barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai iaitu perkhidmatan umum daripada kerajaan, negeri atau persekutuan merangkumi pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan, kewangan dan pertanian.

No comments:

Post a Comment