GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Pengguna tak perlu risau


Publication: HM
Date of publication: Oct 26, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 011

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Abd Aziz Abu Bakar berkata, orang ramai tidak perlu risau dengan pelaksanaan GST kerana kerajaan akan mengeluarkan buku panduan pembeli (shoppers' guide) yang mengandungi senarai barang dikenakan GST termasuk harga sebelum dan selepas cukai.

"Pengguna seharusnya peka dengan perbezaan harga yang diletak peniaga kerana melalui buku panduan berkenaan, harga barang yang ditawarkan tidak sepatutnya berbeza daripada senarai yang dikeluarkan kerajaan.

"Ia juga membolehkan pengguna merancang perbelanjaan dengan lebih berhemah memandangkan mereka boleh mengenalpasti barang mana yang dikenakan GST dan produk mana yang tidak dikenakan cukai," katanya.

Menurutnya, melalui pelaksanaan GST, pengguna boleh membuat pilihan dengan lebih baik di mana mereka boleh memilih untuk membeli barangan yang dikenakan GST atau tidak.

"Mengikut sistem yang dilaksanakan kini, pengguna yang membeli barang bercukai akan membayar pada harga yang turut merangkumi jumlah cukai. Sebagai contoh, harga kasut yang ditawarkan pada ketika ini sudah dikenakan cukai sekitar 10 peratus di mana jumlah cukai itu diserap dalam harga akhir yang diletakkan pada ruang pameran. Namun, melalui pelaksanaan GST, harga kasut itu sepatutnya empat peratus lebih murah kerana ia hanya dikenakan GST pada kadar enam peratus," katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment