GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Langkah perkukuh ekonomi negara


Publication: HM
Date of publication: Oct 26, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 011
Byline / Author: Oleh Mohd Sabran Md Sani; Faizatul Farlin Farush Khan; Maiamalina Mohamed Amin; Afiq Hanif; Syarifah Dayana Syed Bakri; Nor Azura Abdul Jalil; Sri Ayu Kartika Amri; Yusliza Yakimir Abdul Talib; Raja Noraina Raja Rahim; Hamizah Badiran; Yusmizal Dolah Aling; Ridzuan Abdul Rahman; Michelle Gun; Hafiz Ithnin; Ardyhansah Amat; Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor; Fazurawati Che Lah; Shuhada Mansor Rizanizam Abdul Hamid; Sofyan Rizal Ishak; Nur Lela Zulkipli; Nur Hamizah Abd Kadir

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam bajet 2014 yang dibentangkan semalam adalah langkah untuk memperkukuh ekonomi negara dan meletakkan Malaysia pada kedudukan yang baik setanding dengan negara lain.

Sambil meminta rakyat melihat ia sebagai satu pendekatan holistik, Muhyiddin berkata, untuk tempoh jangka masa panjang, GST itu membolehkan kerajaan menguruskan ekonomi dengan lebih berkesan dengan faedah yang banyak kepada rakyat keseluruhannya.

"Ini pendekatan realistik, langkah ini dapat kukuhkan ekonomi, kedudukan Malaysia akan dapat terus di tahap yang baik dan beri keyakinan masyarakat antarabangsa termasuk pelabur untuk lihat ekonomi kita terus kukuh.

"GST ini perlu dilihat dengan lebih holistik. Rakyat jangan terpengaruh dengan pihak yang membuat tohmahan kerana 160 negara di dunia sudah laksanakan. Sudah sampai masanya ia dilaksanakan," katanya pada sidang media di lobi parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelaksanaan GST ditetapkan pada 1 April 2015 itu memberi ruang kepada pelbagai pihak untuk memberikan pandangan bagi menambah baik cukai itu demi kebaikan bersama.

"Dalam tempoh 17 bulan akan datang, apa bentuk keterangan penjelasan untuk diambil kira boleh diberikan. Jadi ada tempoh, saya kira kalau ada pandangan tertentu kerajaan akan mendengar. Ini pendekatan berhemah yang kita gunakan," katanya.

Menurutnya, jumlah cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini agak besar dan penggantian dengan GSTadalah sesuatu yang biasa ditambah dengan langkah membantu kumpulan seperti bantuan RM300 serta BR1M, pastinya tidak akan memberi kesan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan menumpukan kepada bagaimana menentukan masalah fiskal dapat diurus dengan baik dengan sasaran wawasan 2020 sampai kepada belanjawan yang berimbang.

Ditanya mengenai pihak swasta yang akan menaikkan kadar gaji bagi kakitangan sektor itu selaras dengan pengenalan GST, beliau berkata, ia terpulang kepada majikan kerana kerajaan tidak boleh mengarahkan agar mereka memberi maklum balas selari dengan pengumuman itu.

No comments:

Post a Comment