GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Bajet 2014 ambil kira modal insan


Publication: HM
Date of publication: Oct 26, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 018
Byline / Author: Oleh Mohd Sabran Md Sani; Faizatul Farlin Farush Khan; Maiamalina Mohamed Amin; Afiq Hanif; Syarifah Dayana Syed Bakri; Nor Azura Abdul Jalil; Sri Ayu Kartika Amri; Yusliza Yakimir Abdul Talib; Raja Noraina Raja Rahim; Hamizah Badiran; Yusmizal Dolah Aling; Ridzuan Abdul Rahman; Michelle Gun; Hafiz Ithnin; Ardyhansah Amat; Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor; Fazurawati Che Lah; Shuhada Mansor Rizanizam Abdul Hamid; Sofyan Rizal Ishak; Nur Lela Zulkipli; Nur Hamizah Abd Kadir

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melihat pembentangan Bajet 2014 sebagai tindakan susulan kepada bajet yang dibentangkan tahun lalu dengan mengambil kira kepentingan modal insan.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, fokus yang diberikan untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan latihan berkemahiran tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran kerja amat dihargai.

"Kita melihat bajet tahun ini sebagai 'follow up' atau kesinambungan kepada apa yang telah dibentangkan tahun lalu.

"Tidak dapat dinafikan kerajaan amat menitikberatkan pembangunan modal insan dan tidak pernah melupakan aspek itu dalam pembangunan negara," katanya ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2014, semalam.

Dalam pembentangan bajet, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak 100 ringgit akan diteruskan.

Selain itu, kerajaan menyediakan dana pinjaman latihan kemahiran berjumlah 330 juta ringgit di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bertujuan menyediakan pinjaman kepada belia lepasan SPM untuk mengikuti kursus latihan kemahiran.

Bagaimanapun, Mohd Khalid meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, pelaksanaan GST akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos barangan dan perkhidmatan pengguna yang semakin meningkat.

"Secara umumnya ia akan membebankan rakyat kerana akan dilaksanakan secara menyeluruh tidak kira rakyat berpendapatan tinggi atau rendah. Diharapkan kerajaan kaji semula sebelum ia dilaksanakan dua tahun lagi," katanya.

No comments:

Post a Comment