GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Penganalisis: Dua-dua dapat untung


JAMILAH HAMZAH
27 Oktober 2013

SHAH ALAM - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 2015 akan memberi impak menang-menang kepada kerajaan dan rakyat.

Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, pelaksanaan GST secara asasnya untuk menyenangkan rakyat, di samping melebarkan cukai kepada semua kelompok rakyat.

Cukai yang dipungut itu katanya dapat membantu kerajaan menjana ekonomi negara yang kemudiannya dikembalikan dalam bentuk pembangunan kepada rakyat sebagai timbal balik dalam usaha menuju negara berpendapatan tinggi.

"Asasnya, kedua-dua rakyat dan negara pasti akan untung.

"Rakyat akan menyumbang kepada pendapatan cukai negara.

"Kerajaan pula akan memikirkan bagaimana cukai itu perlu digunakan, namun dalam pada itu, kerajaan perlu memikirkan keuntungan rakyat juga untuk membentuk kestabilan negara," katanya kepada Sinar Harian.

Namun, beliau berkata bagi memastikan GST tidak membebankan rakyat dan memberi masalah, kerajaan perlu memastikan penguatkuasaan atau penyeliaan dilakukan secara berterusan.

"Kerajaan perlu ada pengurusan, kajian berterusan dalam projek perintis di mana impak kepada golongan berpendapat rendah.

"Jika tiada campurtangan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah, akhirnya melahirkan keresahan dalam masyarakat sehingga merugikan negara apabila berlaku ketidakstabilan ekonomi.

"Pelaksananaan dan penguatkuasaannya mesti ada pemantauan, impak kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar," jelasnya lagi.

Sementera itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut mengakui pelaksanaan GST meletakkan situasi "win-win" kepada negara dan rakyat.

Bagaimanapun, Azizuddin berkata pelaksanaan GST tidak perlu dibimbangkan sebaliknya cara pengendalian cukai tersebutlah yang perlu diberi tumpuan.

"... apa yang kita perlu bimbang pelaksanaannya untuk memastikan GST benar-benar memberi pulangan kepada pendapatan negara," katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu memberi maklumat dan penjelasan mengenai GST kepada rakyat untuk mengimbangi kuasa beli.

"Memang perlu persediaan ke arah itu, jarak masa untuk melaksanakannya mungkin mencukupi untuk memberi kesedaran kepada rakyat supaya timbul keseimbangan dalam negara," katanya.

No comments:

Post a Comment