GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Bajet 2014 patutnya atasi kebimbangan


27 Oktober 2013


SINGAPURA - Dasar-dasar yang digariskan dalam Bajet 2014 adalah langkah pada hala tuju yang betul dan patut mengurangkan kebimbangan penarafan agensi kredit mengenai kewangan awam Malaysia, kata Pakar Perunding Ekonomi, IMA Asia, Kostas Panagiotou.

"Unjuran defisit bajet yang lebih kecil sebanyak 3.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 4.0 peratus pada 2013, pemansuhan subsidi gula dan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah menangani isu ini," katanya kepada Bernama apabila diminta berkongsi pendapat tentang Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Panagiotou berkata had 55 peratus bagi KDNK yang dikenakan atas hutang awam dan sasaran bajet seimbang menjelang 2020 adalah petunjuk penting untuk memantau prestasi fiskal kerajaan.

Beliau berkata GST terutamanya adalah perubahan fiskal yang penting, kerana ia akan meluaskan asas hasil kerajaan daripada kebergantungan ke atas hasil minyak dan gas.

"Bajet itu juga mengandungi kaedah untuk mengimbangkan kesan pengenalan GST ke atas isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah.

"Belanjawan itu juga cuba menangani masalah pasaran perumahan di Kuala Lumpur dan lain-lain bandar raya di Malaysia dengan menaikkan kadar cukai keuntungan harta, dan meningkatkan bekalan perumahan kos rendah untuk keluarga berpendapatan rendah," katanya.

Panagiotou berkata Bajet 2014 juga mungkin melihat penurunan pada perbelanjaan domestik, yang tepat pada masanya, berikutan keadaan domestik yang rancak pada tempoh menjelang Pilihanraya Umum Mei 2013 lepas.

Beliau berkata, permintaan global yang kukuh diharap mengimbangkan semula impak perbelanjaan domestik yang lemah atas pertumbuhan KDNK pada 2014. - Bernama

No comments:

Post a Comment