GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Elak cukai berganda pengguna


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Oktober 2013

Datuk Saifuddin Abdullah
TEMERLOH – Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin, sebagai bajet rakyat.

Saifuddin berkata, langkah berani kerajaan memperkenalkan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) usaha kerajaan untuk melaksanakan sistem GST itu tepat pada masanya.

Menurutnya, pembaharuan itu dilihat mampu memperkemaskan sistem percukaian sedia ada bagi mengelakkan cukai berganda kepada pengguna.

“GST sebenarnya tidak membebankan rakyat seperti dakwaan pembangkang kerana tidak semua barang dikenakan cukai, cukai GST hanya 6 peratus sahaja dikenakan kepada barangan terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Kem Sukan Milo kali keempat peringkat daerah Temerloh di padang awam Taman Temerloh Jaya semalam.

Menurutnya, kerajaan mengambil masa 17 bulan lagi untuk melaksanakan sistem GST itu dan ia memberikan peluang kepada rakyat supaya dapat memahami dengan lebih jelas akan kebaikan GST dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment