GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Pelaksanaan perkukuh ekonomi jangka panjang


Publication: BM
Date of publication: Oct 27, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 005

Yan: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menafikan bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti diumumkan melalui Bajet 2014 kelmarin, bertujuan semata-mata untuk menambah pendapatan kerajaan seperti didakwa pembangkang.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri menegaskan motif utama pelaksanaan GST adalah untuk memastikan soal kepentingan nasional terutama dalam usaha memperkukuh keadaan ekonomi negara dalam jangka masa panjang, dapat dipastikan berterusan.

"Apa yang diumumkan Perdana Menteri mengenai GST sudah mengambil kira soal kepentingan nasional dan ini disokong pendapat pakar ekonomi dan politik yang memperakukan bahawa sekarang adalah masa terbaik untuk negara melaksanakannya.

Dinilai dengan rapi

"Pembangkang perlu faham kenapa kita kena laksanakan GST. Mereka perlu tahu bahawa pelaksanaanGST sudah melalui proses penilaian yang sangat rapi sejak 2006 lalu dan segala impak yang bakal dihadapi juga sudah dianalisa sebaik mungkin.

"Saya nak tanya pembangkang... apa makna kita ada dasar, tetapi jangka panjang pihak (pelabur) dalam negara dan antarabangsa serta pakar ekonomi tidak yakin dengannya sehingga rating (kedudukan) kita menjunam. Jika ini berlaku, pelabur pasti takut untuk datang dan ini menyebabkan negara menghadapi masalah termasuk kemelesetan ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Himpunan Peladang, penternak dan Nelayan di Pejabat Pertubuhan peladang Kawasan (PPK) Bukit Besar, dekat Sungai Limau, di sini, semalam.

Hadir sama, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman serta calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

No comments:

Post a Comment