GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

GST: Rakyat perlu diperjelas


Publication: BM
Date of publication: Oct 27, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 005
Byline / Author: Oleh Norfatimah Ahmad

Kuala Lumpur: Mekanisme lengkap termasuk buku panduan harga dan simulasi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu bagi memastikan semua rakyat lebih memahami kebaikan dan kesan sistem percukaian baru itu.

Pengarah Komunikasi Korporat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihak bertanggungjawab mengendalikan sesi penerangan kepada rakyat itu juga harus menyampaikan maklumat tanpa berselindung, termasuk tidak menafikan jika GST boleh menyebabkan harga barangan naik.

Katanya, selain program penerangan dirangka kerajaan, bahan bacaan sebagai rujukan sebarang kemusykilan berhubung GST adalah satu keperluan jika kerajaan mahu pelaksanaannya berjalan lancar.

"Sesi penerangan tidak seharusnya dipenuhi dengan ceramah atau taklimat semata-mata, sebaliknya disertakan dengan bahan bantuan seperti tayangan video dan sesi soal jawab menggunakan bahasa mudah difahami dan contoh yang dekat dengan rakyat, terutama membabitkan barangan keperluan asas.

Perjelas faktor perkenal GST

"Penjelasan juga perlu menumpukan faktor yang mendorong kerajaan memperkenalkan GST atau kebaikannya dan kelemahan sistem percukaian yang digunapakai selama ini, terutama yang boleh menyebabkan pengguna dikenakan cukai berganda bagi cukai jualan dan cukai perkhidmatan berbandingGST," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Simulasi penting

Beliau diminta mengulas wujud kebimbangan di kalangan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan GSTyang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014, kelmarin, akan membebankan rakyat terutama golongan kelas bawahan dan berpendapatan rendah.

Najib yang juga Menteri Kewangan menyifatkan GST yang akan diperkenalkan mulai 1 April 2015 sebagai satu sistem percukaian terbaik dan terbukti berkesan dengan lebih 160 negara sudah melaksanakannya.

Yusof berkata, saranan diadakan simulasi pula dianggap sesuatu yang penting kerana ia boleh membantu kerajaan mengenal pasti sebarang kelemahan atau masalah yang timbul dalam proses pelaksanaan GST.

No comments:

Post a Comment