GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Pelaksanaan GST jamin kelangsungan ekonomi


Publication: BM
Date of publication: Oct 27, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 006

Kuala Lumpur: Kerajaan menyedari pemansuhan subsidi gula dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diumumkan dalam Bajet 2014, bukan langkah popular.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bagaimanapun berkata ia perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara untuk kebaikan rakyat di masa akan datang.

"Mengurangkan subsidi bukan langkah popular, melaksanakan GST juga tidak popular, tapi ia langkah yang tepat dilakukan," katanya pada sesi Dialog Masa Depan Ekonomi Malaysia sempena 2013 Investors Day of icapital.biz Berhad, di sini semalam.

Pada sesi dialog dikendalikan Pengarah Urusan Capital Dynamics, Tan Teng Boo yang disertai panel enam pelajar dan ratusan hadirin itu, Khairy ditanya pelbagai persoalan merangkumi ekonomi negara dengan topik Bajet 2014 menjadi tumpuan.

Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan bajet di Dewan Rakyat kelmarin mengumumkan GST yang akan dilaksana bermula April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan, selain mengumumkan pemansuhan 34 sen subsidi gula.

Perdana Menteri berkata, GST yang turut diamalkan di 160 negara di dunia, akan dikecualikan ke atas barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan untuk kegunaan domestik, perkhidmatan disediakan kerajaan, pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah.

Bajet responsif, lestari

Khairy juga menyifatkan bajet kelmarin sebagai bertanggungjawab, responsif dan lestari walaupun pembangkang memilih mengecam bajet itu, terutama pelaksanaan GST yang dianggap membebankan rakyat tanpa menerangkan mengenai cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dibebankan sepenuhnya kepada pengguna akhir sebelum ini.

Ditanya bagaimana Malaysia kekal kompetitif berbanding negara lain susulan pelaksanaan GST dan gaji minimum, Khairy berkata, faktor kompetitif bukan hanya pada sistem percukaian, tetapi faktor lain antaranya kestabilan ekonomi dan politik, tanah, tenaga kerja mahir dan jaringan logistik.

Mengenai persoalan sama ada kerajaan perlu mengurangkan jumlah kakitangan awam, Khairy berkata banyak langkah konkrit lain untuk mengurangkan perbelanjaan termasuk menambah baik prosedur dan standard perolehan bagi mengurangkan kebocoran serta lebihan belanja, selain meningkatkan meningkatkan hasil negara dengan memperkasakan penguatkuasaan.

Ditanya mengenai isu pengangguran belia, katanya, kerajaan menggalakkan golongan itu menjadi usahawan dan menggunakan kemudahan pinjaman disediakan melalui SME Bank, TEKUN, MARA dan beberapa agensi kerajaan lain.

No comments:

Post a Comment