GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

MARC setuju unjuran KDNK negara


Publication: BH
Date of publication: Oct 28, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 002

Bajet 2014 secara umumnya menepati keperluan bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan, pada masa sama memenuhi aspirasi rakyat, kata Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).

Dalam laporan ekonominya bertajuk 'Bajet 2014: Mempercepatkan Perubahan Fiskal, Mengurangkan Beban Rakyat', agensi penarafan itu berkata, kerajaan telah berjaya mencapai keseimbangan, walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam beberapa bidang.

Mengenai penilaian makro keseluruhan, MARC bersetuju dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lima peratus dan 5.5 peratus untuk 2014 oleh Kementerian Kewangan.

MARC telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 4.7 peratus bagi 2013 dan lima peratus untuk 2014.

Bajet 2014, yang dibentangkan Jumaat minggu lalu memberikan asas untuk pengurangan ketidakseimbangan makroekonomi sementara menyediakan bantuan kepada rakyat untuk mengurangkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Antara langkah dalam Bajet 2014 adalah pengumuman pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dan peningkatan pada kadar Cukai Keuntungan Hartanah.

"Melihat kepada angka yang ada, kami rasa jangkaan KDNK adalah realistik dan sasaran perbelanjaan tahun depan adalah berpatutan walaupun unjuran hasil agak rendah.

Harga komoditi terus bergolak

"Kami menjangkakan KDNK nominal untuk pulih pada 2014, terutama jika dagangan global meningkat," kata Ketua Ahli Ekonomi MARC Nor Zahidi Alias kepada BERNAMA.

Beliau berkata, lebih banyak tekanan boleh dilihat pada kewangan kerajaan jika keadaan ekonomi global dan harga komoditi terus bergolak tahun depan.

Dalam laporan itu, MARC berkata penggunaan swasta mungkin sekali lagi memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan, sungguhpun kadarnya mungkin menyederhana daripada beberapa tahun lalu berikutan kesan kriteria pemberian pinjaman yang lebih ketat dan harga pengguna yang lebih tinggi.

Pelaburan swasta juga mungkin akan terus kekal berdaya saing, walaupun kenaikan cemerlang lebih 20 peratus pada 2012 mungkin tidak akan diulang pada 2014.

"Dengan pelaburan langsung asing dijangka terus mengalir masuk pada kira-kira RM30 bilion setahun, dan dengan prasarana utama dan pelaburan harta tanah berterusan, kami mengunjurkan pelaburan swasta akan berkembang pada kira-kira 11 peratus pada 2014," kata MARC.

No comments:

Post a Comment