GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Ke arah cukai penggunaan


Publication: BH
Date of publication: Oct 28, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 003

Pengurangan cukai pendapatan satu peratus untuk syarikat dan dua hingga tiga peratus bagi individu pada 2016 dan 2015 mungkin mencerminkan arah aliran masa depan untuk Malaysia beralih secara berperingkat daripada cukai pendapatan kepada cukai penggunaan, kata ABDO Malaysia.

Ketua Penasihat Cukainya, David Lai, berkata pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah satu langkah perlu yang lama ditangguhkan oleh kerajaan.

Antara enam inisiatif

"Walaupun GST memberi implikasi luas kepada negara, ia adalah satu daripada enam inisiatif Reformasi Strategik yang dilancarkan di bawah Program Transformasi Ekonomi yang diumumkan pada 2010," katanya dalam satu kenyataan.

Kenaikan pada Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) pula akan terus mengekang spekulasi dan mengawal harga harta, katanya.

"Kenaikan RPGT memberi kesan besar kepada pasaran hartanah walaupun ia hanya mewakili sebahagian kecil pendapatan kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment