GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Tekanan pengambilan untung pasca Bajet 2014


Publication: BH
Date of publication: Oct 28, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 006
Byline / Author: Oleh Kaladher Govindan

Saham mewah di Bursa Malaysia meneruskan arah aliran meningkat minggu lalu, melonjakkan penanda aras FBM Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) untuk ditutup pada rekod tertinggi, dipacu keyakinan Amerika Syarikat (AS) akan menangguhkan rancangan mengurangkan rangsangan ekonominya.

Aktiviti pengambilan untung disebabkan momentum terlebih beli dan sikap tunggu dan lihat pelabur berhubung Bajet 2014, bagaimanapun mengehadkan kenaikan.

FBM KLCI menokok 19.98 mata, atau satu peratus minggu lalu kepada 1,817.57, dengan SapuraKencana Petroleum (+19 sen), Tenaga Nasional (+22 sen), Petronas Gas (+80 sen) dan CIMB (+10 sen) menyumbang kepada hampir separuh kenaikan indeks.

Jumlah dagangan purata harian mengukuh kepada 1.72 bilion saham bernilai RM1.68 bilion, berbanding 1.54 bilion saham bernilai RM1.68 bilion minggu sebelumnya.

Komitmen jimat-cermat

Kerajaan meneruskan komitmen berjimat-cermat ke atas dasar fiskalnya tanpa mengorbankan pertumbuhan ekonomi dalam pembentangan Bajet 2014.

Ia adalah bajet yang baik. Kenaikan perbelanjaan kerajaan hanya sebanyak 0.3 peratus kepada RM262.2 juta tidak menghalang kemajuan berikutan kerajaan masih mengunjurkan pengembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sihat sebanyak lima hingga 5.5 peratus pada 2014 dengan pembabitan kukuh sektor swasta.

Peningkatan peruntukan bagi perbelanjaan operasi berbanding perbelanjaan pembangunan bagaimanapun adalah membimbangkan dan perlu ditangani dengan mengurangkan jumlah agensi yang bertindih fungsinya.

Jumlah perbelanjaan berada pada 78.2 peratus pada 2008 tetapi meningkat kepada 83 peratus pada 2014 disumbang perbelanjaan pembangunan.

Pengurangan cukai beri manfaat

Tiada kejutan pada Bajet 2014 berikutan langkah seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemansuhan subsidi gula dan langkah keras untuk membendung spekulasi pasaran hartanah sudah dijangkakan.

Pengurangan cukai korporat dan cukai pendapatan tidak seharusnya menyebabkan kita bersorak kerana ia bertujuan mengimbangi nilai dicampur cukai sebanyak enam peratus itu.

Syarikat telekomunikasi adalah satu daripada peraih manfaat kerana mereka tidak lagi perlu menyerap cukai perkhidmatan semasa sebanyak enam peratus yang dikenakan kepada pelanggan prabayar. DiGi dan Maxis meraih manfaat terbesar berhubung sumbangan prabayar.

Tidak mengambil kira sebarang langkah tindak balas dalam dasar automotif baru yang akan diumumkan tidak lama lagi, sektor automotif akan menyaksikan penjimatan empat mata peratusan berikutan cukai jualan dilupuskan bagi melaksanakan GST. Pengeluar automotif akan turut meraih manfaat.

Peserta industri binaan akan meraih manfaat daripada perbelanjaan kerajaan ke atas projek infrastruktur.

Ketiadaan kenaikan cukai dan RM4.6 bilion insentif cukai kepada isi rumah berpendapatan rendah hingga sederhana dilihat sebagai positif bagi saham berkaitan pengeluaran minuman keras dan kepenggunaan.

Ketiadaan sebarang pengurangan subsidi drastik, kecuali subsidi gula 34 sen turut mengeluarkan tekanan turun jangka pendek ke atas pendapatan korporat.

Ia bagaimanapun tidak bermakna kenaikan tarif elektrik dan gas berada di luar radar.

Pengurangan subsidi kerajaan sebanyak 15.6 peratus kepada RM39.4 bilion, pengurangan pertama sejak 2009, menandakan akan ada lebih banyak reformasi struktur pada 2014, yang adalah baik untuk daya maju dan persaingan negara untuk jangka panjang.

Selepas tertangguh banyak kali, jangkaan kenaikan tenaga akhirnya direalisasi pada suku pertama 2014. Sehubungan itu, jika ada sebarang pembetulan dalam harga Tenaga Nasional Bhd (TNB), ia adalah peluang untuk pelabur membeli.

Pemansuhan subsidi gula beri impak

Pemansuhan subsidi gula akan memberikan impak kecil kepada Felda Global Ventures kerana sumbangan keuntungan daripada perniagaan gula adalah kecil. Sehubungan itu, adalah dinasihati supaya pelabur membeli FGV bersandarkan kelemahan harga.

Bagi indeks penanda aras FBM KLCI, penilaian kelihatan baik tetapi bergantung kepada pembetulan pengambilan untung.

Dari aspek teknikal, bulan semerta kontrak hadapan Oktober KLCI yang diniagakan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd menambah 15.5 mata, atau 0.9 peratus minggu lalu kepada 1,814, susut kepada 3.6-mata diskaun berbanding tunai, berbanding 1.1-mata diskaun Jumaat sebelumnya.

Ia disebabkan aktiviti pengambilan untung peningkatan jualan mengambil kira kedudukan teknikal yang terlebih beli.

Jajaran dagangan penanda aras saham mewah berkembang sederhana kepada 25.03 mata minggu lalu, berbanding jajaran 20.24 mata minggu sebelumnya.

FBM-EMAS Index menambah 105.25 mata, atau 0.84 peratus kepada 12,636.42 minggu lalu, sementara FBM-Small Cap Index menokok 164.65 mata, atau 1.06 peratus kepada 15,759.45.

Ke arah rekod tertinggi

Sebagai kesimpulan, dengan stochastics harian dan mingguan bagi FBM KLCI ketika ini berada pada kedudukan terlebih beli, saham mewah berkemungkinan besar akan jatuh bagi pembetulan pengambilan untung minggu ini.

Mentaliti berdagang berdasarkan fakta juga akan menggalakkan pembetulan berikutan peningkatan ke rekod tertinggi baru-baru ini tidak mengambil kira kebanyakan faktor optimistik dibentangkan pada Bajet 2014.

Sehubungan itu, sebarang rali lanjut ialah ke arah rekod tertinggi harian 6 Mei lalu pada 1,826, dan halangan berikutnya pada 850 akan berhadapan tentangan pengambilan untung yang kuat dalam tempoh semerta.

Paras sokongan semerta dilihat pada 1,801, 1,786 dan 1,766, masing-masing mewakili purata pergerakan 10, 30 dan 50 hari.

No comments:

Post a Comment