GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Langkah kukuh fiskal, kawal belanja diutama


Publication: BH
Date of publication: Oct 28, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 002

Kerajaan memberikan keutamaan kepada langkah pengukuhan fiskal yang betul; mengawal perbelanjaan dan pada masa sama berhemat dengan jangkaan pendapatan pada 2014, kata Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.

"Kami memuji kerajaan kerana menunjukkan ketegasannya dengan meneruskan langkah yang kurang popular seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk menyokong pengukuhan fiskal pada tempoh jangka sederhana.

Urus cadangan perbelanjaan

"Walaupun terdapat pelbagai langkah yang dilaksanakan, hutang Kerajaan Persekutuan masih diramal meningkat kepada 54.8 peratus menjelang akhir 2013 dan lebihan akaun semasa kita dijangka terus menguncup.

"Justeru, adalah penting dalam jangka pendek ini kerajaan menguruskan cadangan perbelanjaannya dengan teliti dan memastikan keanjalan untuk menyesuaikan diri dengan perkara di luar jangkaan dalam persekitaran ekonomi global yang bergolak sementara memastikan ia kekal kukuh ke arah penyatuan fiskal bagi tempoh yang lebih panjang," kata beliau dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment