GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Bajet sokong prospek `stabil' penarafan A3


Publication: BH
Date of publication: Oct 28, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 001

Keseluruhan langkah pengukuhan defisit yang digariskan dalam Bajet 2014 dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu, menyokong tinjauan 'stabil' ke atas penarafan A3 Malaysia, kata Moody's Investors Service.

Naib Presiden-Penganalisis Kanan Moody's Investors Service Singapore Pte Ltd, Christian de Guzman, berkata Perdana Menteri dalam ucapan bajet itu berpe-gang kepada hasrat yang dinyatakannya sebelum ini, iaitu untuk berusaha ke arah pengukuhan defisit dan untuk me-mastikan hutang Kerajaan Persekutuan di bawah paras 55 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Bajet kali ini bagaimanapun seolah-olah memberikan tumpuan kepada sekatan perbelanjaan berbanding reformasi struktur yang boleh membantu mengurangkan defisit secara kekal, kecuali pengumuman Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," katanya kepada BERNAMA ketika diminta memberikan pandangannya mengenai Bajet 2014.

Secara khususnya, de Guzman berkata, bajet itu tidak menggariskan kerangka masa untuk menyemak rangka kerja subsidi bahan api.

Pelaksanaan GST tak beri impak

Dalam erti kata lain, katanya, jalan ke arah defisit yang strukturnya lebih rendah tidak dinyatakan dengan jelas, justeru mendedahkannya kepada risiko pelaksanaan.

"Namun, keseluruhan arah aliran pengukuhan defisit, meskipun perlahan adalah menyokong prospek 'stabil' ke atas penarafan A3 Malaysia," tegas be-liau.

Sementara itu, De Guzman berkata, pelaksanaan GST seharusnya tidak memberikan impak kepada inflasi memandangkan ia adalah cukai gantian, dan banyak barangan penting yang terkandung dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), seperti barangan makanan asas, bekalan air dan pengangkutan awam, akan dikecualikan daripada GST.

"Di samping itu, inflasi dijangkakan dikawal dengan baik di Malaysia disebabkan oleh rekod pencapaian Bank Negara Malaysia yang kukuh dalam mengekalkan inflasi pada kadar rendah," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment