GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

Kerangka kerajaan BN tunai janji kepada rakyat


ARKIB : 26/10/2013

Skim Usahawan Pasar Malam dengan dana RM100 juta akan diwujudkan
bagi membantu peniaga pasar malam. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2014, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merupakan kerangka kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menunaikan 'Aku Janji' kepada rakyat sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, bajet kali ini boleh disifatkan sebagai bajet 'pasca pilihan raya' dan secara keseluruhan dilihat dapat menunaikan janji BN pada pilihan raya umum lalu terutama bagi memperkasakan ekonomi negara serta mensejahterakan rakyat.

"Meskipun menerusi Bajet 2014 kali ini terdapat beberapa perkara yang dilihat seperti memerlukan pengorbanan rakyat tetapi sebenarnya kerajaan turut mengambil pendekatan dalam aspek menjaga kesejahteraan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu mengulas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula 1 April 2015, Ibrahim memberitahu, pihaknya sudah menjangkakan perkara itu lebih awal.

"Saya tidak terkejut dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST kerana sudah menjangkakannya sejak kerajaan melakukan penyusunan semula subsidi yang menyaksikan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen September lalu.

"GST merupakan satu perkara yang sukar untuk difahami dan salah tanggapan mudah berlaku kerana rakyat tidak memahami sepenuhnya GST. Namun bagi Perkasa, GST patut sudah lama dilaksanakan kerana dapat memberi manfaat kepada negara sekali gus rakyat dalam jangka masa panjang," katanya.

Namun begitu, beliau turut menyatakan kebimbangan berhubung Bajet 2014 yang dilihat tidak jelas dalam usaha mencapai sasaran RM46,000 pendapatan perkapita bagi 2020 terutama dalam kalangan golongan bumiputera.

"Meskipun bajet kali ini telah memuktamadkan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera namun sebenarnya masih tidak mencukupi untuk mencapai sasaran RM46,000 pendapatan perkapita yang telah ditetapkan itu.

"52 peratus bumiputera di negara ini merupakan pekerja 'makan gaji' sama ada di sektor awam mahupun swasta, namun dana yang diperuntukkan Bajet 2014 kali kepada peniaga dan usahawan bumiputera masih tidak mencukupi untuk membantu mencapai sasaran tersebut. Masa sudah suntuk, ini yang patut disedari oleh kerajaan," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment