GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

Bajet rapatkan jurang masyarakat desa, kota


ARKIB : 26/10/2013

Penduduk kampung terdiri daripada nelayan kecil gembira mendengar insentif
kerajaan untuk golongan nelayan di Kampung Buntal, Kuching, Sarawak, semalam.
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Peruntukan RM4.1 bilion yang disediakan untuk pembangunan luar bandar menerusi Bajet 2014 akan merapatkan lagi jurang pembangunan antara masyarakat luar bandar dan bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, selain itu, peruntukan besar tersebut juga dapat merapatkan hubungan interaksi dan integrasi antara rakyat di negara ini.

"Saya yakin dengan peruntukan yang disediakan ini, beban rakyat khususnya di luar bandar dapat dikurangkan di samping dapat menikmati pembangunan hampir setanding dengan di bandar," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Peruntukan sebanyak RM4.1 bilion dalam Bajet 2014 kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur asas di luar bandar.

Antara projek yang akan dibangunkan adalah Lebuhraya Pan Borneo, membaik pulih dan menaik taraf jaringan jalan luar bandar di seluruh negara, program air bersih dan terawat di 8,000 unit rumah di luar bandar dan program bekalan tenaga elektrik 24 jam kepada lebih 16,000 rumah.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 2015 serta pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan dapat memperkemaskan lagi sistem cukai di negara ini.

"Pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi ini akan membuatkan kewangan kita dapat diurus tadbir dengan lebih baik.

"Dasar ini perlu diterima semua lapisan masyarakat bukan hanya dalam kalangan rakyat tetapi peniaga," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment