GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

GST bantu negara tangani defisit


Publication: HM
Date of publication: Oct 30, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 058

Kuala Lumpur: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membantu melonjakkan perolehan selain mengurangkan defisit negara.

Penganalisis Ekonomi, OCBC Bank Selena Ling berkata, langkah berkenaan mampu menyokong kedudukan kewangan negara selain menjana pertumbuhan ekonomi.

"Kadar enam peratus di bawah GST membuktikan kerajaan serius mempertingkat fiskal perbelanjaan perumahan apabila pengecualian dikenakan ke atas makanan, air paip dan pengangkutan.

"Memandangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan juga akan dihapuskan selain pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ini mampu memberi ruang kukuh ke atas GST untuk dilaksanakan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Selain itu, dengan pengenalan cukai itu juga ia mampu memberi prestasi kewangan yang kukuh apabila cukai korporat dikurangkan kepada satu peratus dan cukai individu juga akan mengalami potongan satu hingga tiga peratus.

Bagaimanapun, katanya, BR1M dan insentif lain bakal memberi sedikit kelonggaran dan kelegaan kepada rakyat di negara ini.

Selena berkata, pihaknya mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada 2014 adalah 5.2 peratus yang eksport dijangka meningkat 2.5 peratus manakala sektor perkhidmatan dan pembinaan masing-masing menokok 5.7 peratus dan 9.6 peratus hasil pembentangan belanjawan pada jumaat lalu berbeza daripada jangkaan kerajaan yang menyasarkan lonjakan hingga 5.5 peratus pada 2014.

Katanya, pelaburan swasta dan penggunaan swasta juga dilihat teguh dengan kadar 12.7 peratus dan 6.2 peratus.

No comments:

Post a Comment