GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Usaha pastikan ekonomi terus segar


Publication: HM
Date of publication: Oct 30, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 058

Kuala Lumpur: Kerajaan menilai Belanjawan 2014 sebagai langkah untuk memastikan ekonomi negara dapat terus meningkat dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dengan memberi penekanan ke atas aktiviti domestik.

Pada masa sama pengumuman Belanjawan 2014 juga dilihat sebagai langkah yang diusahakan kerajaan untuk menurunkan defisit fiskal dengan memperoleh dan mengawal pendapatan negara menerusi beberapa perkara.

Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata, antara beberapa perkara diumumkan di dalam belanjawan boleh meningkatkan pendapatan negara seperti kadar enam peratus cukai perkhidmatan dan barangan (GST) dan pelaksanaan pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB) yang memberi tumpuan kepada pencapaian outcome.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan GST sememangnya akan memberi kesan peningkatan jualan barangan ke atas beberapa sektor tertentu, tetapi kerajaan mengambil langkah memberi bantuan mengikut keperluan segmen masing-masing.

"Bagi golongan berpendapatan rendah kami berikan bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), manakala golongan bekerja kerajaan memberi pengurangan cukai dan begitu juga dengan golongan korporat kerana kami mahukan belanjawan ini bersifat seimbang.

"Dalam isu GST juga yang dilaksanakan pada 2015, kami menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan supaya kerajaan dapat melihat isu akan berlaku dalam tempoh pelaksanaannya bagi memastikan ia berjalan lancar," katanya.

Di dalam pengumuman Belanjawan 2014, menerusi pengenalan OBB yang dilaksanakan ke atas tiga kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan OBB.

Dengan adanya OBB, ia akan menggalakkan perbelanjaan berhemat melalui penyelarasan projek dan program yang dijajarkan kepada keutamaan dasar dengan penetapan outcome dan akauntabiliti yang jelas disertai dengan kerangka pemantauan yang komprehensif.

Dari aspek perbelanjaan, OBB dilaksanakan secara berperingkat dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2015.

No comments:

Post a Comment