GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Bukan cukai tambahan


Publication: MA
Date of publication: Oct 27, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 012
Byline / Author: Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: "Saya ingin jelaskan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan mulai 1 April 2015 bukan cukai tambahan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedang diguna pakai kini," itu jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Abdul Wahid yang ditemui selepas merasmikan Larian Statistik 2013 di Kompleks Air, Presint 6, di sini, semalam berkata, beliau mahu rakyat faham sepenuhnya mengenai pengenalan GST dan tidak termakan dakyah disebarkan pihak pembangkang yang menyifatkan cukai baru itu membebankan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan tidak melihat pengenalan GST sesuatu yang membebankan kerana kadar ditetapkan sangat berpatutan dan relevan berbanding kadar lebih tinggi dilaksana beberapa negara jiran lain.

"Sebenarnya rakyat sudah dimomok dengan maklumat tidak tepat mengenai GST oleh pihak pembangkang. Justeru, rakyat tidak perlu marah dengan pengenalan cukai berkenaan.

"Kadar yang kita perkenalkan adalah enam peratus dan ia masih rendah berbanding Singapura dan Thailand yang menetapkan tujuh peratus. Malaysia bukan negara pertama yang memperkenalkan GSTsebaliknya ia sudah lama diperkenalkan di tujuh negara ASEAN lain," katanya.

Katanya, kadar GST diperkenalkan kerajaan itu terendah di Asia Tenggara, malah masih banyak barangan dikecualikan cukai berkenaan.

Abdul Wahid berkata, kerajaan juga memberi bantuan kewangan kepada isi rumah yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi menampung kesan pengenalan cukai berkenaan kelak.

Sementara itu, Abdul Wahid turut menyifatkan Bajet 2014 dibentangkan kelmarin begitu komprehensif dan bertanggungjawab kerana ia mempunyai ciri-ciri utama untuk membantu ekonomi negara berkembang secara mampan.

"Bajet berkenaan juga akan memimpin negara menguruskan kewangan dengan lebih baik, sekali gus membantu kerajaan untuk mengurangkan defisit kepada 3.5 peratus pada 2014 dan tiga peratus menjelang 2015.

"Ia juga selaras dengan matlamat jangka panjang negara untuk menyediakan bajet seimbang menjelang 2020," katanya.

Terdahulu, seramai 2,500 peserta menyertai larian berkenaan semalam yang turut disertai Abdul Wahid.

No comments:

Post a Comment