GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

Bajet 2014 peruntuk RM264.2b


ARKIB : 26/10/2013
Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2014 melibatkan peruntukan berjumlah RM264.2 bilion meliputi RM217.7 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bajet 2014 itu menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009.

Lima teras itu adalah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahtera kehidupan rakyat.

Melainkan pembentangan mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mendapat reaksi kurang senang daripada Ahli Parlimen pembangkang, keseluruhan pembentangan Bajet 2014 oleh Najib yang bermula kira-kira pukul 4.05 petang dan berakhir 6.25 petang berlangsung lancar.

Dalam mengurangkan rungutan pembayar cukai menerusi sistem sedia ada pula, Bajet 2014 mencadangkan pembayar cukai tidak lagi perlu mengemukakan borang cukai pendapatan sekiranya berpuas hati dengan potongan cukai bulanan (PCB) yang dikenakan.

Sementara itu, paling banyak mendapat manfaat pula adalah golongan muda yang disediakan beberapa insentif secara langsung antaranya pemberian 'one-off' sebanyak RM500 kepada individu berumur antara 20 hingga 30 tahun yang menyertai Skim Persaraan Swasta (PRS).

Dalam galakan kepada golongan itu terutama siswazah menganggur terlibat dalam perniagaan pula, Bajet 2014 turut menyediakan dana pinjaman mudah sebanyak RM50 juta menerusi Tabung Usahawan Siswazah di bawah SME Bank.

Turut mendapat manfaat ialah golongan peniaga pasar malam yang disediakan dana sebanyak RM100 juta bagi menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.

Agenda bumiputera juga terus diperkasa antaranya menerusi penubuhan Dana Ekuiti Bumiputera (EquiBumi) dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah SME Bank.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment