GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Rakyat tidak perlu bimbang pelaksanaan GST



Publication: BH
Date of publication: Oct 28, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 011

Kuala Lumpur: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta rakyat tidak bimbang dengan keputusan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana ia tidak membebankan semua golongan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata orang ramai perlu memberi peluang kepada kerajaan memperjelaskan kebaikan pelaksanaan GST ini yang dijadualkan bermula 1 April 2015.

"GST ini cuma satu polemik bajet yang digembar-gemburkan. Pada PERKASA, ia bukan isu besar kerana pelaksanaan GST ini sudah lama dijalankan negara lain termasuk Singapura. Rakyat perlu beri masa dan lihat sendiri kebaikan pelaksanaan GST ini," katanya.

Beliau mendakwa, pelaksanaan GST oleh kerajaan secara tidak langsung turut dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada hemat saya, Anwar sendiri pun terima pelaksanaan GST ini, namun sebagai ketua pembangkang dia perlu tunjukkan sikit yang dia tidak setuju," katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Ketua Audit Negara mengaudit syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk PETRONAS.

No comments:

Post a Comment