GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Laksana GST mulai April 2015


Publication: BH
Date of publication: Oct 26, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 004

Kuala Lumpur: Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Datuk Seri Najib Razak berkata GST bukan cukai tambahan baru, sebaliknya satu sistem percukaian menyeluruh dan saksama yang perlu dilaksanakan bagi manfaat seluruh rakyat.

Katanya, kerajaan yakin ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi semasa adalah minimum dan terkawal.

"Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Dalam bahasa mudahnya untuk difahami oleh semua, dalam sistem GST ini, pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai saja.

Perubahan minimum

"Realitinya juga, perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung sama ada ia barangan asas atau tidak," katanya.

Perdana Menteri berkata, lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST yang menunjukkan ia adalah sistem percukaian yang terbaik dan terbukti berkesan.

Katanya, hampir semua negara maju telah melaksanakan GST atau Cukai Nilai Ditambah (VAT), malah negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Laos dan Kemboja juga sudah melaksanakannya.

Beliau berkata, kerajaan sudah bersedia dengan menyediakan perundangan, sistem pengkomputeran, latihan pegawai, kemudahan infrastruktur dan pelan komunikasi yang menyeluruh untuk melaksanakanGST.

"Kadar GST ini adalah yang terendah dikalangan negara ASEAN yang mana Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand tujuh peratus," katanya.

Barangan asas tak kena GST

GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak serta bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

GST juga, katanya, tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan disediakan oleh kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah serta perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya di samping perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

"Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih juga dikecualikan GST," katanya.

No comments:

Post a Comment