GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Kaedah kerja fleksibel bantu wanita urus keluarga


Publication: BH
Date of publication: Oct 31, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 037
Byline / Author: Oleh Nur Syahidah Abdul Jalil

Genap seminggu Bajet 2014 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang antara lain menyentuh rasionalisasi subsidi yang sememangnya menjadi perhatian segenap masyarakat begitu juga isu pengenalan kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Isu terangkum yang menjadi perhatian sememangnya banyak menumpu aspek mengukuhkan ketahanan ekonomi negara lantaran keadaan ekonomi global yang semakin tidak menentu.

Ketahanan ekonomi sebagai satu dasar yang dipegang dalam aspek membangunkan negara adalah perkara kritikal. Keadaan ini mencerminkan keupayaan negara untuk menangani sebarang keadaan (ekonomi) ataupun membenarkan negara menganjal kedudukan tanpa membabitkan kerugian yang signifikan.

Ketiadaan teras sokong ekonomi

Ketiadaan teras yang kuat bagi menyokong ekonomi negara dikhuatiri akan menyebabkan negara berada di ambang kejatuhan ekonomi yang dahsyat.

Dalam konteks yang berbeza, usaha mewujudkan teras bagi menyokong ketahanan ekonomi tidak hanya bersifat material. Sebenarnya ia bermula daripada sistem jaringan sosial yang kuat iaitu institusi keluarga.

Jalinan hubungan kekeluargaan yang erat adalah faktor utama kepada motivasi insan untuk berusaha mencapai kemajuan dan kejayaan hidup. Individu mempunyai teras kekeluargaan yang kuat mampu mengharungi pelbagai cabaran untuk berjaya sekalipun tidak memiliki kelebihan material.

Bajet 2014 yang secara tidak langsung menyentuh aspek keluarga dan peranan wanita menggambarkan institusi ini memainkan peranan penting dalam membangunkan negara. Wanita sebagai tulang belakang keluarga mempunyai peranan istimewa menyeimbangkan tuntutan ekonomi dengan mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Melihat purata pendapatan perkapita 2009 iaitu RM 24,879 dan 2011 sebanyak RM 29,661, hakikat pertambahan ini bukanlah bermaksud setiap orang mengalami pertambahan pendapatan yang aktif.

Masih ramai berada dalam keadaan terhimpit akibat kenaikan kos sara hidup. Ini menyebabkan institusi keluarga semakin terpinggir kerana individu lebih banyak menumpukan usaha demi kelangsungan hidup dan bukan mencapai kesejahteraan hidup.

Bahkan, dalam konteks realiti hari ini, wanita yang bekerja adalah berdasarkan dua faktor utama iaitu pilihan dan jalan penyelesaian kepada tuntutan keperluan hidup termasuklah dalam sektor pekerjaan yang kritikal seperti perubatan dan seumpamanya.

Rentetan keadaan ini menyebabkan keluarga hari ini tidak dapat berfungsi secara alami apabila kedua-dua ibu bapa terikat demi mendapatkan perbelanjaan keluarga sedikit sebanyak telah mengurangkan masa kualiti anak.

Kaedah kerja fleksibel

Tidak dinafikan sehingga hari ini terdapat peruntukan tertentu membantu wanita bekerjaya mengurus keluarga, tetapi kecanggihan teknologi dan demi memenuhi matlamat mensejahterakan keluarga, satu cadangan perlu dipertimbang kembali iaitu kaedah kerja fleksibel.

Pelaksanaan jadual kerja berasaskan output yang fleksibel bagi sektor tertentu tidak hanya memberi manfaat kepada keluarga bahkan boleh mengurangkan risiko kemalangan membabitkan anak kecil, menggalak amalan penyusuan susu ibu, mengurangkan kesesakan di jalan raya.

Peruntukan masa yang berkualiti bersama keluarga memberi manfaat emosi, anak akan merasa diri lebih dihargai dalam keluarga dan menjadikan keluarga sebagai pusat rujukan dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment