GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Isu GST tidak perlu dipolitikkan


NORUTUL ILHAM MAD JARI
28 Oktober 2013

SHAH ALAM - Pembangkang disarankan agar tidak memanipulasikan lagi isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi meraih undi di PRK Dun Sungai Limau kerana ia boleh mengelirukan majoriti rakyat dengan perkara tersebut.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, usaha mempolitikkan isu tersebut hanyalah untuk menakutkan rakyat.

“Saya sarankan supaya isu GST ini jangan dipolitikkan, kerana ia bukannya dilaksanakan sekarang. Jadi jangan ambil kesempatan atas perkara ini demi kepentingan politik.

“Perkara sama ada ia membebankan rakyat atau tidak memerlukan maklumat dan kajian yang betul. Jangan dimanipulasikan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kata beliau, pelaksanaan GST itu tidak akan melibatkan semua barangan keperluan asas, sambil menegaskan golongan rendah dan pertengahan tidak akan merasa terbeban.

“Kalau ikutkan golongan berpendapatan rendah tidak akan mendapat kesan kerana ia melibatkan barangan mewah sahaja.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kerajaan tidak akan melaksanakannya sekiranya untuk menyusahkan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Bajet 2014 Jumaat lalu mengumumkan pelaksanaan GST akan berkuat kuasa mulai April 2015.

Bagaimanapun, GST tidak melibatkan barang keperluan asas seperti barang makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik, perkhidmatan pengangkutan awam dan jual beli kediaman.

Najib berkata, pelaksanaan GST itu didorong oleh kedudukan inflasi yang rendah serta terkawal, selain menangani kelemahan sistem percukaian.

Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan rakyat sebenarnya sudah pun membayar cukai.

“Isu ini sahaja diperbesarkan, tambahan pula rakyat tidak mempunyai maklumat yang betul mengenai pelaksanaannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment