GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

GST tak jejas eksport negara



Publication: BH
Date of publication: Oct 31, 2013
Section heading: Bisnes
Page number: 005

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 April 2015 tidak akan menjejaskan eksport Malaysia dalam jangka panjang, kata Perunding Prinsipal DB Dynamics, Consultancy, Dr S Mahadevan.

Beliau berkata, GST dijangka hanya akan memberi sedikit kesan kepada eksport pada peringkat awal pelaksanaannya berikutan reaksi manusia yang memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan menerima pakai mekanisme percukaian baru.

Tidak timbul kebimbangan

Justeru, katanya pelaksanaan GST tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan pengeksport di negara ini bahawa perniagaan mereka akan terjejas kerana ia sudah terbukti dilaksanakan dengan jayanya di kirakira 160 negara di seluruh dunia.

"Pada peringkat awal pelaksanaan GST, eksport mungkin terjejas tetapi ia akan kembali neutral apabila semua pihak sudah boleh menerima dan menyesuaikan diri dengannya," katanya kepada media selepas membentangkan kertas kerja bertajuk `Satu analisis mengenai Bajet 2014 berhubung Geran dan bantuan kewangan kerajaan untuk sektor korporat' di Kuala Lumpur, semalam.

Mahadevan adalah seorang daripada pembentang kerja pada seminar bertajuk Bantuan Kewangan Kerajaan dan Geran untuk syarikat Malaysia (Termasuk Analisis Bajet 2014) yang dianjurkan oleh Persatuan Pengeksport Malaysia (MEXPA) dan Institut Eksport dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia.

Ia dihadiri kira-kira 300 peserta dalam kalangan pengusaha perniagaan dan pengeksport.

Persekitaran baik

Mahadevan berkata secara keseluruhannya, kerajaan menyediakan persekitaran yang baik untuk perniagaan dalam Bajet 2014.

"Ia adalah bajet yang baik dan seimbang," katanya.

Sementara itu Naib Presiden MEXPA, Sevaran Kaur Dhalliwal, berkata penganjuran seminar itu bertujuan memberi maklumat serta lebih pendedahan kepada peserta mengenai bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk peniaga mengeksport produk mereka.

Beliau berkata, selain menganjurkan seminar, MEXPA turut mengadakan kunjungan ke kedutaan luar di negara ini bagi mendapatkan maklum balas serta minat rakyat negara terbabit terhadap produk keluaran Malaysia.

"Dengan cara ini, kami dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada pengeksport mengenai produk Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi di sesebuah negara," katanya.

No comments:

Post a Comment