GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

GST: Hanya untuk barangan tertentu sahaja


ARKIB : 27/10/2013

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pengguna tidak perlu khuatir dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana pengecualian diberikan terhadap beberapa barangan dan perkhidmatan tertentu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, pelaksanaan sistem percukaian itu tidak akan membebankan pengguna memandangkan mereka hanya membayar cukai sekali sahaja berbanding sebelum ini.

"Lagipun sudah banyak negara yang menggunakan pendekatan itu. Kalau GST dilaksanakan dengan baik dan cekap di negara ini, sistem percukaian yang adil dan saksama dapat diwujudkan.

"Bukan itu sahaja, langkah itu juga dapat mengelakkan pengguna daripada membayar cukai secara berganda mahupun caj tersembunyi," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang pelaksanaan GST yang akan bermula pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar-kadar cukai sedia ada.

Tambah Maamor, dengan pelaksanaan GST ini pihaknya berharap kerajaan dapat mengurangkan lagi cukai individu dan korporat bagi meningkatkan kemampuan membeli pengguna, di samping menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, pengguna tidak akan menghadapi masalah atau rasa terbeban untuk membayar GST jika berbelanja mengikut keperluan atau kemampuan.

"Lagipun GST bukan hanya melibatkan rakyat tempatan, malah warga asing yang tinggal dan melancong di negara ini turut membayar cukai kerana mereka juga sudah tentu akan membeli barangan," katanya.

Katanya, rakyat di negara ini perlu memahami peranan GST sebagai sumber pendapatan negara menerusi sistem percukaian yang sangat penting.

"Banyak negara telah melaksanakan sistem percukaian tersebut sebagai menjana pendapatan negara bagi tujuan perbelanjaan untuk pembangunan rakyat.

"Justeru, sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan perkara sama untuk mempelbagaikan pendapatan negara yang akhirnya dinikmati oleh rakyat," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment