GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

GST beri impak minimum kepada inflasi


28 Oktober 2013

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pada April 2015, hanya akan melihat inflasi naik antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus sebelum menyederhana selepas itu, kata ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini.

Beliau berkata inflasi itu kemudiannya akan menurun kepada antara 1.00 peratus dan 1.50 peratus setahun selepas penguatkuasaan GST. 

Berkata bahawa ia hanya kenaikan sekali, beliau menambah bahawa ini adalah reaksi awal apabila GST dikuatkuasakan di negara-negara lain.

"Kanada, Singapura dan Australia juga mengalami kenaikan satu kali apabila mereka melaksanakan struktur cukai baharu ini," kata beliau semasa satu dialog pasca Bajet 2014 di sini yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia dan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

Setakat akhir Ogos, inflasi dicatatkan pada 1.7 peratus dan dijangka naik kepada 2.0 peratus menjelang akhir tahun.

"Kemudian saya rasa (akan ada) impak minimum kepada inflasi," tambahnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan tentang GST dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober.

GST akan dikuatkuasakan pada enam peratus pada 1 April, 2015. - Bernama

No comments:

Post a Comment