GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Dakyah burukkan kerajaan


Publication: BM
Date of publication: Oct 27, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 004

Yan: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diminta tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menuduh kerajaan sengaja membebankan rakyat dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata GST adalah kaedah susun atur kerajaan untuk menguruskan kewangan negara dengan lebih teratur.

"Penduduk Sungai Limau jangan dengar ceramah pembangkang yang lempar pelbagai tuduhan terhadap kerajaan. GST bukan bebanan kepada rakyat. Kepada usahawan, kita perkenal sistem cukai lebih teratur bagi membolehkan urusan kewangan diurus dengan baik.

"Jadi, jangan terpengaruh dengan pembangkang. Apa kerajaan buat semua tak betul, pembangkang yang tak buat langsung, tapi mereka kata mereka betul. Kita bantu rakyat pun, mereka kata tak betul," katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Titi Batu, Selengkoh, Simpang Tiga Luar, Ulu Sedaka dan Bukit Besar, semalam.

Kerajaan prihatin

Beliau yang dalam lawatan itu turut menyerahkan geran RM2.33 juta untuk kerja baik pulih jalan kampung di Sungai Limau yang diluluskan minggu lalu, berkata dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar, pelaksanaan GST dijangka mampu mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

"Malah sebagai kerajaan yang prihatin dengan rakyat, GST tidak menggunakan pendekatan sama seperti 160 negara lain, sebaliknya diolah bersesuaian dengan keperluan rakyat. Jika dulu kadar untuk cukai jualan dalam lingkungan 10 peratus dan untuk perkhidmatan enam peratus, jadi keseluruhan lebih 10 peratus.

"GST hanya kenakan satu cukai di bawah paras 10 peratus. Jadi mana lebih baik? Cukai enam peratus atau lebih 10 peratus," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyelar tindakan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat menggunakan nama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi menarik sokongan pengundi.

No comments:

Post a Comment