GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Belanjawan fokus pembangunan PKS


Publication: HM
Date of publication: Oct 29, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 045

Kuala Lumpur: Belanjawan kali ini banyak tertumpu kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) apabila secara keseluruhan sebanyak 13 program khusus dengan dana RM2.6 bilion termasuk daripada sektor swasta seperti sistem perbankan diumumkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia membuka manfaat luas kepada Bumiputera, belia, graduan, perusahaan mikro dan peniaga kecil, pekebun kecil, koperasi dan persatuan.

Katanya, pengwujudan ekosistem keusahawanan kondusif penting dan ia termaktub dalam belanjawan itu yang mahu pelaksanaan inovasi dan pertumbuhan tinggi dalam kalangan pemain industri dicapai.

"Apa yang diumumkan ini akan menyumbang ke arah matlamat Pelan Tindakan PKS dan melonjakkan sumbangan mereka kepada 41 peratus keluaran negara kasar (KDNK) menjelang 2020 selain insentif dalam Dasar Lorong Hijau dilanjutkan sehingga 2017," katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, katanya kerajaan turut memastikan PKS tidak terjejas oleh reformasi dasar semasa dalam Model Baru Ekonomi termasuk pelaksanaan gaji minimum dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

"Ia termasuk potongan cukai bagi mengurangkan impak peningkatan kos gaji dan promosi produktiviti untuk PKS menerusi pembiayaan RM120 juta dalam menggalakkan latihan automasi dalam kemahiran khusus dan penyertaan dalam program `Lean Transformation'," katanya.

Bagi kumpulan 40 peratus terendah, kerajaan meningkatkan sokongan dari segi pembiayaan dengan dana berjumlah RM1.2 bilion bagi meningkatkan pertumbuhan perusahaan mikro yang disalurkan menerusi Agensi Inovasi Mlaaysia (AIM), Tekun Nasional (TEKUN), Bank Simpanan Nasional (BSN )dan SME Bank selain pinjaman mudah RM100 juta untuk peniaga pasar malam.

Inisiatif utama termasuk Pembangunan Tanah Rizab Melayu, RM200 juta, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera, RM30 juta dan Skim Usahawan Pasar Malam oleh BSN sebanyak RM100 juta.

No comments:

Post a Comment