GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Bangkang tak bertempat


Publication: BM
Date of publication: Oct 27, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 022

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin membentangkan Bajet 2014 yang bertemakan `Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji.' Seperti biasa, pihak pembangkang menyelar bajet kerajaan itu sebagai tidak baik untuk rakyat dan negara berbanding bajet bayangan mereka.

Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata Bajet 2014 menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas ketirisan perbelanjaan dan urus tadbir yang baik berikutan pengumuman cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Sikap pembangkang dalam soal pentadbiran negara memang sudah diduga. Apa saja yang dilakukan kerajaan akan dikatakan tidak betul dan menzalimi rakyat. Memang mudah menjadi pembangkang di Malaysia, hanya bangkang dan mengajak rakyat membantah dasar kerajaan.

Bakal tentu nasib Mat Sabu, Husam

Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai Presiden PAS untuk satu penggal lagi apabila beliau tidak dicabar pada pemilihan parti bulan depan. Bagaimanapun, jawatan Timbalan Presiden akan menyaksikan pertandingan sengit lima penjuru.

Penyandang jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu akan dicabar dua Naib Presiden sekarang, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa. Dua lagi pencabar ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ketika semakin ramai ahli PAS mempertikaikan penyimpangan perjuangan parti akibat kerjasama dengan PKR dan DAP, selain penularan pengaruh Syiah, apakah perwakilan pada Muktamar PAS Ke-59 nanti mampu mengembalikan kepemimpinan yang benar-benar mahu memperjuangkan kepentingan Islam?

No comments:

Post a Comment