GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, March 21, 2014

Ahli Perniagaan Cina Mahu Tempoh Peralihan Untuk Suaikan Diri Dengan GST - Kaji Selidik


KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama)-- Ahli perniagaan Cina di negara ini berharap kerajaan akan memberikan tempoh peralihan kepada mereka sehingga dua tahun untuk menyesuaikan diri dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April tahun depan, demikian menurut satu dapatan kaji selidik.

Empat puluh sembilan peratus daripada perniagaan yang dikaji selidik berkata penampan satu tahun perlu ditawarkan untuk menyesuaikan diri dengan GST dengan tanpa penalti kerana gagal mematuhinya semasa tempoh tersebut, demikian menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM).

Keputusan kaji selidik itu dikeluarkan di sini, Jumaat.

Lebih daripada 20 peratus berkata mereka berharap penampan dua tahun, manakala 19.7 peratus meminta 1.5 tahun.

"Syarikat-syarikat berharap kerajaan akan memberikan mereka tempoh yang mencukupi untuk mempelajarinya ketika mereka menyiapkan perniagaan mereka untuk memenuhi keperluan GST itu," kata Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan ACCCIM, Dr Leong Kai Hin, pada taklimat media semasa mengumumkan keputusan "Laporan Kaji Selidik mengenai Situasi Ekonomi Malaysia bagi Separuh Kedua 2013".

Menurut Leong, lebih daripada separuh responden berkata mereka memahami fungsi-fungsi GST, manakala 84 peratus bersedia untuk menghantar kakitangan mereka menghadiri kursus untuk membiasakan diri dengan sistem percukaian baharu itu.

Bagaimanapun, 85 peratus daripada mereka yang dikaji selidik berkata GST dijangka menambah kos tambahan kepada operasi perniagaan mereka dan 60 peratus menyatakan mereka boleh menyalurkan kos tambahan kepada pengguna, katanya.

ACCCIM menjalankan kaji selidik itu terhadap 345 ahli perniagaan Cina di semua sektor, seperti perdagangan borong dan runcit, pembuatan, perkhidmatan perniagaan, pembinaan serta hartanah, dari pertengahan Januari hingga pertengahan Februari.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment