GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, March 21, 2014

KBS adakan Persidangan Meja Bulat GST


ARKIB : 17/03/2014

JOHOR BAHRU 16 Mac - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan Persidangan Meja Bulat bagi menjelaskan tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke seluruh negara bermula 1 April 2015.

Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Azhar Mohamed Isa berkata, persidangan itu perlu dilakukan kerana masih terdapat ramai golongan belia yang kurang jelas tentang GST.

"Rumusan Persidangan Meja Bulat GST di peringkat Pusat pada 21 Disember tahun lalu mendapati kerajaan perlu memberi penerangan secara menyeluruh terhadap pelaksanaan GST di peringkat akar umbi dan memberi jaminan pelaksanaannya tidak akan membebankan rakyat.

"Persidangan meja bulat ini akan diteruskan ke Zon Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak bagi memastikan kumpulan sasar iaitu golongan belia jelas tentang GST," katanya selepas Persidangan Meja Bulat GST Zon Selatan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Belia Nasional (IYRES), Dr. Wasitah Mohd. Yusof.

Persidangan Meja Bulat GST Ke-2 itu dihadiri oleh 115 peserta yang mewakili pelbagai kaum, persatuan pemimpin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga, kakitangan akademik dan usahawan belia.

Wasitah berkata, persidangan berkenaan akan diteruskan sebagai platform kepada golongan belia untuk menyuarakan pandangan dan maklum balas mereka terhadap pelaksanaan GST.

"Antara perkara golongan belia kurang jelas adalah berkenaan bagaimana pelaksanaan GST tidak akan membebankan kehidupan mereka dan ke mana hasil cukai disalurkan serta bagaimana dibelanjakan," katanya.

Pihaknya berharap segala gerak kerja yang turut dijalankan bersama Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu mampu menyebar luas tentang kebaikan pelaksanaan GST.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment