GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, March 20, 2014

Dewan Rakyat: Penerima BR1M bakal terima tambahan RM300


2014/03/20 - 04:54:02 AM

Kuala Lumpur: Setiap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal menerima tambahan RM300 seorang sebagai menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebanyak 1.8 peratus, berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata jumlah bantuan itu yang akan diagihkan tahun depan dijangka membabitkan peruntukan tambahan RM2.5 bilion diserap daripada hasil kutipan GST selepas pelaksanaannya. 

“Pada tahun pertama pelaksanaan GST (2015), jumlah kutipan GST selama sembilan bulan ialah RM23.18 bilion namun jumlah ini perlu ditolak dengan RM14.4 bilion kerana pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). 

Umum nilai BR1M

“Dengan baki kutipan ini, kita belanjakan melalui beberapa mekanisme termasuk penambahan kepada jumlah BR1M tahun depan sebagai langkah membantu rakyat menghadapi kenaikan IHP.

“Jika kerajaan umum nilai BR1M tahun depan RM700, ditambah RM300 akan dapat RM1,000, jika RM800 maka nilainya menjadi RM1,100 dan jika lebih maka lebih lagilah rakyat dapat BR1M,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Sementara itu, menjawab soalan Rakyat, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) di Dewan Rakyat, katanya, kerajaan mempunyai mekanisme tersendiri dalam membendung ketirisan GST. 

Katanya, usaha dilakukan bersama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membendung cubaan pihak tertentu yang mengelak dari dikenakan GST.

Buat kajian

Ahmad berkata, pihaknya turut membuat kajian dan mengambil kira pandangan negara luar yang sudah melaksanakan sistem itu sejak sekian lama termasuk Singapura yang menguatkuasa GST pada 1994 dan United Kingdom pada 1974.

“Memang ada kejadian penipuan bila GST dilaksana dan Kastam mengetahui perkara ini dan kita amat yakin dapat laksana selepas mengambil kira segala perkara yang kita pelajari dari 166 negara atau 83 peratus negara dunia yang melaksana GST. 

“Dalam sistem perisian kita juga mempunyai mekanisme tertentu bagi mengelak risiko penipuan menerusi kerjasama dengan LHDN, ia usaha kita untuk kurangkan ‘ekonomi bawah tanah’ dan membantu menambah keseluruhan pendapatan negara, ” katanya.

No comments:

Post a Comment