GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, March 17, 2014

Siap sedia hadapi GST


Publication: HM
Date of publication: Mar 14, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 056
Byline / Author: Oleh Sofyan Rizal Ishak

Subang Jaya: Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia (MRCA) menggesa peruncit supaya melakukan persiapan segera dalam menghadapi pelaksanaan penuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tidak menunggu tempoh sehingga enam bulan terakhir bagi memastikan pengurusan kos lebih baik dan hanya memberi gangguan minimum kepada operasi perniagaan masing-masing.

Presidennya Datuk Nelson Kwok berkata, langkah itu penting kerana pelbagai proses perlu dilalui peruncit di peringkat awal merangkumi latihan kakitangan, klasifikasi inventori, maklumat lanjut mengenai pelanggan/pembekal pendaftaran GST, simulasi dan perisian yang dilihat mungkin akan memakan tempoh melebihi enam bulan.

"Peruncit perlu mengaplikasikan sistem pemprosesan lebih teratur bagi mengurangkan kesilapan dalam pengisytiharan cukai dan kos pematuhan undang-undang yang disebabkan penalti," katanya pada majlis taklimat media Goldsoft GST, di sini, semalam.

Pada Oktober lalu, kerajaan mengumumkan bahawa GST akan dilaksanakan menjelang 2015 dan mensyaratkan syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi perkara terbabit.

Beliau berkata, sehingga kini masih ramai peruncit tidak mendaftarkan perniagaan masing-masing bagi pelaksanaan GST kerana kebanyakan daripada mereka tidak begitu memahami mengenai perkara terbabit dan menunggu tempoh enam bulan terakhir seperti mana yang disarankan kerajaan.

"Oleh sebab itu, kami turut menjalankan usaha berterusan untuk meningkatkan pengetahuan mengenaiGST dalam kalangan ahli melalui kerjasama dengan agensi berkaitan bagi menyediakan latihan dan pengetahuan lebih baik," katanya.

Dalam masa sama, MRCA menggalakkan supaya lebih ramai peruncit memulakan langkah pendaftaran dengan lebih awal bagi membolehkan mereka dilengkapi dengan peralatan dan pengetahuan ke arah pelaksanaan GST dengan perniagaan kecil dan sederhana berpeluang mendapatkan subsidi bagi mendapatkan perisian berkaitan GST.

"Kami turut mengharapkan kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang GST yang dicadangkan dan menyediakan peraturan GST disahkan supaya industri runcit boleh mendapatkan panduan mengenai perkara terbabit," katanya.

No comments:

Post a Comment