GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, March 21, 2014

Kaji BR1M secara bulanan, suku tahun


ARKIB : 17/03/2014

IPOH 16 Mac - Kerajaan sedang menimbang untuk melaksanakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara bulanan atau mengikut suku tahunan supaya dapat dimanfaat serta dibelanjakan sepanjang tahun.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sistem baharu yang berkemungkinan besar akan dilaksanakan itu bagaimanapun belum diputuskan oleh Kabinet biarpun perbincangan mengenainya telah diadakan sebelum ini.

"Kita baru tiga tahun melaksanakan BR1M. Kita telah mengadakan makmal dan akan menambah baiknya. Amaun BR1M akan meningkat hasil simpanan daripada rasionalisasi subsidi serta pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) nanti.

"Sama ada pemberian BR1M dibuat secara tahunan, mengikut suku tahunan atau bulanan, itu yang sedang kita kaji," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri temu bual dalam program 'Sana Sini Situ Bersama Menteri Kewangan Kedua' di Perak FM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata, kedudukan fiskal negara dapat terus diperkukuh apabila kerajaan menjalankan rasionalisasi subsidi bersasar, membabitkan sejumlah RM44 bilion yang diberikan sebelum ini.

Mengambil contoh rasionalisasi subsidi ke atas minyak RON 95 berjumlah RM14 bilion misalnya, beliau berkata, kerajaan masih mempunyai baki sebanyak RM4 bilion untuk dibelanjakan bagi tujuan projek pembangunan setelah sebahagian besarnya disalurkan kepada BR1M.

"Dari segi GST pula, perkara pertama yang telah kita lakukan ialah membuat kajian supaya pelaksanaannya tidak menjejaskan kebajikan rakyat terutamanya dari segi peningkatan kos sara hidup, malahan 160 buah negara di dunia telah mempraktikkannya," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment