GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, March 20, 2014

Aeon Big siap sedia hadapi GST


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Mac 2014

PASAR raya besar Aeon Big (M) Sdn Bhd (Aeon Big) telah bersiap sedia menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015.

Pengarah Aeon Big Mitsuru Nakata berkata, syarikat itu sudah melaksanakan tiga program seminar mengenai GST setakat ini.

“Ketiga-tiga seminar itu merangkumi aspek operasi, barangan dan sistem teknologi maklumat dalam mencari kaedah mengekalkan jualan serta menyediakan perkhidmatan yang berpatutan kepada orang ramai.

“Apa yang boleh saya katakan kami masih lagi dalam persediaan menghadapi GST kerana ini merupakan pertama kali GST dilaksanakan di Malaysia,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah peraduan Match & Win.

Sementara itu, Nakata berkata, tahun ini Aeon Big akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam proses pengubahsuaian kesemua pasar raya Aeon Big di seluruh negara selepas memfokus kepada penjenamaan semula pada tahun lalu.

Peraduan Watch & Win yang dijalankan pada 25 Oktober 2013 sehingga 5 Disember 2013 menyaksikan pemenang utama, Abu Bakar Mustaffa dari Kedah membawa pulang kereta Nissan Serena.

No comments:

Post a Comment