GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, March 20, 2014

Tambahan BR1M RM300


Publication: HM
Date of publication: Mar 20, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 040

Kuala Lumpur: Sebanyak 15,542 restoran dijangka mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan 1 April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata jumlah itu meningkat berbanding ketika cukai perkhidmatan dikenakan iaitu 4,357 restoran.

"GST adalah satu daripada langkah kerajaan menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, cekap dan mesra peniaga," katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi memastikan kepentingan semua lapisan masyarakat diambil kira, GST akan dikecualikan bagi kategori barangan keperluan asas dan perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan swasta, pengangkutan awam, tol dan rumah kediaman.

Ahmad berkata, kajian Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati golongan berpendapatan RM1,000 ke bawah membelanjakan lebih 33.4 peratus daripada pendapatan mereka ke atas makanan dan minuman manakala 31.4 peratus lagi bagi perumahan, air, elektrik dan bahan api lain.

Ahmad berkata, dengan jumlah 64.8 peratus itu, hampir kesemua barangan dan perkhidmatan itu dikecualikan daripada GST.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, Ahmad berkata kerajaan akan memberi tambahan bantuan tunai secara 'one-off' atau sekali pembayaran berjumlah RM300 kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan bagi menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) akibat pelaksanaan GST.

Beliau berkata jumlah bantuan itu akan membabitkan peruntukan RM2.5 bilion yang juga sebahagian kutipan hasil GST pada tahun terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment