GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, January 13, 2014

Rujuk Kastam untuk maklumat lengkap GST


WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Januari 2014

SHAH ALAM – Maklumat lengkap mengenai modul pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pegawai Unit GST, Pejabat Pelaksana GST, Kementerian Kewangan, Wong Cheng Yew berkata, segala maklumat terperinci mengenai perkara itu adalah di bawah kendalian kastam, bukan di bawah kelolaan pihaknya.

Katanya, pejabat pelaksanaan GST hanya memantau segala bentuk latihan yang bakal dijalankan untuk peniaga berdaftar dalam melaksanakan sistem GST itu.

“Kami menguruskan beberapa proses sahaja, tetapi mungkin maklumat mendalam mengenai pelaksanaan GST perlu merujuk kepada kastam.

“Baik dari pemilihan vendor, kos latihan, jumlah peniaga yang menyertai, sistem perisian digunakan dan jenis latihan kastam lebih mengetahuinya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan maklumat daripada kastam tidak berjaya.

Bagaimanapun, Sinar Harian akan cuba lagi untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak mereka.

Memetik laporan sebuah portal berita sebelum ini, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pihaknya akan memperkenalkan perisian komputer khusus untuk memantau serta memudahkan pelaksanaan GST yang akan bermula pada April 2015.

Sistem dikenali sebagai MyGST sedang diuji untuk kelancaran dan kestabilan sebelum diedarkan kepada kira-kira 300,000 peniaga berdaftar di seluruh negara.

MyGST turut membelanjakan RM100 juta untuk urus tadbir sistem GST dan pembinaan sistem.

No comments:

Post a Comment