GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, January 13, 2014

Program penerangan GST diperluas


2014/01/13 - 06:02:06 AM

Kerajaan akan terus memperluas program penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) termasuk melalui media massa sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya April tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata program pemahaman mengenai GST untuk rakyat dimulakan dengan menggunakan pelbagai media termasuk media cetak, elektronik serta papan iklan. 

Katanya, ia kini diperluaskan di setiap negeri melalui program Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) yang dihadiri antara 3,000 hingga 4,000 bagi setiap sesi. 

“Kita akan menggunakan tempoh 15 bulan ini sepenuhnya untuk memberi kefahaman kepada rakyat kerana didapati masih ada yang tidak faham konteks antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan GST.

GST dilaksana 1 April 2015

“Sebagai contoh, dalam satu majlis, seorang individu datang membawa invois dan berkata dia dikenakan GST dan bertanya kenapa dikenakan GST sekarang sedangkan cukai dikenakannya itu sebenarnya SST,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Tambun di Ipoh, semalam.

Kerajaan akan memperkenalkan GST sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015 bagi menggantikan SST yang kebiasaannya mengenakan cukai antara lima hingga 10 peratus bagi setiap cukai jualan atau perkhidmatan dan maksimum 16 peratus bagi kedua-dua cukai ke atas barang dan perkhidmatan tertentu. 

Ahmad Husni yang juga Ketua UMNO Bahagian Tambun, berkata menerusi GST, cukai dikenakan pada kadar sama rata enam peratus berbanding SST mengenakan kadar berbeza yang lebih tinggi.

Beliau berkata, ekonomi negara akan semakin kondusif apabila GST dilaksanakan berikutan kerajaan akan memperoleh lebih pendapatan untuk diberikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

No comments:

Post a Comment