GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, January 13, 2014

Kos melambung untuk GST membimbangkan, kata Rafizi

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
JANUARY 08, 2014
Perbelanjaan berlebihan kerajaan terpaksa ditanggung rakyat, kata Ahli
Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini. -
Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Januari, 2014.
Putajaya membelanjakan RM200 juta untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan apa yang sangat dirisaukan ialah kos itu dianggarkan melonjak sehingga RM1 bilion sebelum ia berkuatkuasa pada April tahun depan, kata Ahli Parlimen dari PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, kerajaan membelanjakan RM100 juta hanya untuk membangunkan perisian MyGST.

"Dengan wang itu, anda boleh membeli seluruh syarikat perisian.

"Kemudian mereka akan memaksa sekurang-kurangnya 300,000 badan perniagaan untuk membeli dan menggunakan sistem ini, termasuk perniagaan kecil,“ katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan dalam Bajet 2014 di Parlimen, Oktober lalu. Cukai baru itu adalah sebanyak 6% dan akan berkuatkuasa bermula 1 April 2015.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad minggu lalu berkata, sistem teknologi berharga RM100 juta diuji terlebih dahulu sebelum digunakan oleh peniaga di seluruh Malaysia.

Katanya, peniaga berlesen boleh membeli sistem itu pada harga yang disubsidi dan latihan juga akan diberikan untuk cara menggunakan sistem itu.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, RM100 juta diketepikan dalam bajet 2014 bagi latihan dan penyediaan sebelum penguatkuasaan GST.

"Saya mengharapkan latihan tidak termasuk lawatan ke negara yang sudah menguatkuasakan GST," katanya.

Beliau berkata, kos yang semakin tinggi untuk menguatkuasakan cukai tersebut adalah sangat merisaukan kerana rakyat yang akan menanggung beban pembelanjaan terlampau oleh Putrajaya.

"Jumlah kos setakat ini adalah sebanyak RM200 juta tetapi apabila sampai waktu GST pada 2015 nanti, ia akan melonjak naik sehinga RM1 bilion. Ini langsung tidak masuk akal.

"Percanggahan ini harus dihentikan. Bukankah lebih baik jika pembelanjaan disekat daripada memperkenalkan cukai baru yang akan lebih membebani rakyat," katanya.

Rafizi juga menyokong saranan rakan pengurusan KPMG Malaysia, Johan Idris yang menyatakan bahawa gaji pekerja di peringkat swasta dan kerajaan harus dinaikkan bagi menempuhi kenaikan kos kehidupan.

Johan menyarankan gaji pekerja dinaikkan sebanyak 6% setiap tahun, terutama selepas penguatkuasaan GST, kenaikan tarif elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar tol baru.

"Saranan KPMG menggambarkan sentimen rakyat yang sebenar iaitu penguatkuasaan cukai tersebut adalah disebabkan kegagalan kerajaan untuk menaikkan gaji,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai pengaruh yang kukuh untuk menetapkan gaji bagus bagi syarikat swasta dan kerajaan.

"Gaji pegawai kerajaan ditetapkan oleh kerajaan. Gaji mereka akan menjadi asas pembandingan gaji di syarikat swasta," katanya.

PKR berkata, mereka bertegas GST harus dikuatkuasakan hanya untuk mereka yang berpendapatan rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan. - 8 Januari 2014.

No comments:

Post a Comment