GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Monday, January 13, 2014

Pemuda PAS NS lancar kempen turunkan harga barang


| January 10, 2014

Yang amat mendukacitakan tangga gaji tidak berubah namun kos sara hidup meninggi.

SEREMBAN: Pemuda PAS Negeri Sembilan melancarkan kempen ‘Turunkan harga barang, faham GST; Bersama kita tolak GST!”.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad berkata himpunan TURUN awal tahun baru lalu menyaksikan pelbagai reaksi dan mengundang persepsi semua pihak.

“Peserta dituduh ‘bughah’, rakyat diminta positif dan kenyataan para menteri sedikit pun tidak berupaya menyakinkan rakyat bahawa isu ini ditangani sebaiknya.

“Pemuda PAS Negeri Sembilan berpandangan bahawa tahun 2014 ini merupakan tahun getir buat rakyat. Belanja dapur terus meningkat, perbelanjaan harian melambung tinggi, rakyat dikenakan kadar kenaikan yang mendadak pada keperluan harian seperti air, tarik elektrik, Astro, pengangkutan awam dan harga rumah.

“Keadaan ini dijangka akan lebih teruk apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan. Yang amat mendukacitakan tangga gaji tidak berubah namun kos sara hidup meninggi.

“Justeru, kami menyelar sebahagian pimpinan kerajaan pusat dan negeri yang mengatakan GST mampu menurunkan harga barang walaupun benar GST akan mengantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

“Tetapi tidak bermakna cukai yang perlu dbayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai digantikan dengan satu. Sesungguhnya kenyataan ini hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang.

“Ini hanyalah mitos yang tidak akan menjadi realiti,” kata Norazman.

Norazman menambah bahawa kerajaan tidak menyedari bahawa pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos.

“Sebenarnya ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang. Oleh itu Pemuda PAS Negeri Sembilan melihat pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan ia berterusan akan membebankan rakyat dan sebab itu kami menentangnya.

“Sehubungan ini, Pemuda PAS Negeri Sembilan akan terus memperjuangkan isu ini dan melancarkan kempen ‘Turunkan harga barang, faham GST; Bersama kita tolak GST!”, katanya.

Norazman berkata kempen akan lebih difokuskan di kawasan luar bandar dan kampung dengan edaran risalah serta ceramah kelompok kerana masyarakat di kawasan ini lah yang paling ramai tidak mendapat maklumat sebenar berhubung pelaksanaan GST dan kenaikan harga barang.

No comments:

Post a Comment