GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Wednesday, January 15, 2014

KDRM ketuai ceramah GST


Publication: HM
Date of publication: Jan 13, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 020

Seremban: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dilantik mengetuai pasukan penceramah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di setiap peringkat negeri bagi memberi maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai sebelum pelaksanaan GST pada April tahun depan.

Pelaksanaan GST yang bermula 1 April 2015 bukan saja berperanan memperbaiki sistem cukai sedia ada sebaliknya mampu menyumbang tambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan eksport negara sebanyak 0.5 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, selain KDRM pasukan penceramah itu turut diketuai kementerian kewangan di peringkat pusat yang akan menyampaikan ceramah mengenai GST.

"Pasukan terbabit terdiri daripada penceramah bertauliah akan ke peringkat lebih rendah iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi ceramah kepada penduduk setempat.

"Jika orang ramai mempunyai cadangan untuk mengadakan ceramah di lokasi tertentu, mereka boleh menghubungi pejabat KDRM negeri," katanya pada sidang media selepas Seminar Pemerkasaan Ekonomi Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Penyiaran RTM, Sungai Gadut, di sini, semalam. Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan mempunyai tempoh setahun bagi memberi penerangan supaya rakyat memahami sistem percukaian baru itu dan kebaikan yang diperoleh.

Katanya, melalui GST juga golongan berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan akan menikmati pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 iaitu penjimatan bayaran cukai sehingga RM480 sebulan.

Mohamad berkata, program itu perlu kerana masih ramai yang tidak memahami pelaksanaan GST dan sewajarnya ia dibawa ke peringkat lebih rendah.

"Saya mahu semua orang faham kerana jika kita biarkan mereka dalam 'kegelapan' mereka akan rasa takut sedangkan apabila diterangi, mereka tidak akan rasa takut lagi.

"Begitu juga dengan GST, dimomokkan sistem ini akan membebankan rakyat, walaupun jika dilaksanakan dengan baik ia akan meringankan beban rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment