GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Perkhidmatan awam perlu laksana inisiatif


Publication: BH
Date of publication: Oct 26, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 016

Kuala Lumpur: Semua pihak dalam perkhidmatan awam perlu segera melaksanakan inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2014, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, ia adalah peranan penting yang perlu dilaksanakan penjawat awam di semua peringkat bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

"Semua kementerian, jabatan dan agensi hendaklah melaksanakan dengan segera segala inisiatif dalam Bajet 2014 untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan sebagai mengulas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Tambah baik 81 skim

Ali berkata, kerajaan prihatin terhadap aspek kebajikan penjawat awam dan bersetuju menambah baik 81 skim perkhidmatan membabitkan 613,743 penjawat awam.

"Pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 adalah penghargaan kerajaan ke atas sumbangan penjawat awam dan insentif tambahan berikutan beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan sebelum ini seperti tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai lalu dan tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum semua kumpulan perkhidmatan," katanya.

UTC, CTC bantu rakyat berurusan

Beliau berkata, pertambahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar serta Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) adalah untuk memastikan perkhidmatan awam diakses rakyat dengan mudah dan cepat selaras gagasan 1Malaysa: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Menyentuh Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau mengakui sistem penyampaian awam penting dalam pembangunan negara dan sehubungan itu, tindakan tatatertib wajar diambil ke atas penjawat awam yang tidak mematuhi prosedur ditetapkan atau menyalahi undang-undang.

Sejajar keputusan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Ali berkata, sektor awam akan mendekati dan melaksanakan langkah yang perlu bagi membantu semua pihak terbabit untuk memastikan peralihan daripada sistem percukaian sedia ada berjalan lancar.

"Sebagai kesinambungan kepada seruan kerajaan untuk melaksanakan Transformasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan akan menjadi dua agensi perintis pelan transformasi ini, yang seterusnya akan diikuti oleh setiap kementerian," katanya.

No comments:

Post a Comment