GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

Kastam sudah sedia laksana GST


29 Oktober 2013

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijadualkan pada April 2015.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, semua pegawainya sudah dilatih dan diberi pendedahan mengenai GST dan pelaksanaannya sejak beberapa tahun lepas.

"Kita ada masa 17 bulan dan ini satu tempoh panjang yang membolehkan kita memberi penerangan secukupnya bukan sahaja kepada pegawai tetapi juga masyarakat mengenai GST," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Khas Bersama Ketua Pengarah Kastam sempena 50 tahun Anugerah Gelaran Diraja, di sini hari ini.

Katanya sistem pengkomputeran GST dijangka diterima oleh kastam hujung tahun ini.

Kastam juga dalam proses integrasi dengan sektor perbankan dan ejen mereka untuk pelaksanaan GST secara menyeluruh, katanya.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2014 mengumumkan pelaksanaan GST pada April 2015 dengan kadar enam peratus, menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus. - Bernama

No comments:

Post a Comment