GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Friday, November 1, 2013

`Henti politikkan isu GST'


Publication: BH
Date of publication: Oct 29, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 011
Byline / Author: Oleh Nazura Ngah; Norakmah Mat Youb; Norrasyidah Arsyad

Kuala Lumpur: Pembangkang perlu menghentikan mempolitikkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), selain tidak meneruskan usaha mengelirukan rakyat berhubung pelaksanaannya.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berpendapat, GST bukan untuk menyusahkan rakyat, sebaliknya membantu meringankan beban rakyat yang sebelum ini terpaksa membayar cukai jualan dan perkhidmatan.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN - Kepala Batas), berkata pembangkang 'menangguk di air keruh, apabila kerap memutarkan isu GST ketika berkempen pilihan raya kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

"Kerajaan tidak berhasrat membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi, malah mengambil satu tempoh yang panjang sebelum menguatkuasakan pelaksanaan GST pada 1 April 2015," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata pembangkang begitu takut dengan pelaksanaan GST walaupun ramai pihak sudah menerimanya.

Sistem cukai yang efektif

"GST tidak akan dilakukan dengan serta-merta. Ada lagi setahun lebih sebelum ia dilaksanakan dan masih ada ruang untuk meneliti sehalus-halusnya pelaksanaannya supaya semua mendapat kebaikan," katanya.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr James Dawos, berkata GST satu sistem percukaian yang efektif dan sudah lama dilaksanakan di negara maju.

"Sekiranya GST memberi kesan buruk dan membebankan rakyat, pasti perkara itu sudah ditolak," katanya.

Ketua Puteri UMNO yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, berkata kepimpinan Puteri UMNO akan mengkaji dan memahami konsep GST secara lebih mendalam bagi menangkis helah pembangkang.

"Pembangkang banyak mengambil kesempatan dalam isu GST, tapi Puteri UMNO akan memandang perkara ini dari sudut positif. Kita tidak gentar dan akan beri penerangan ke peringkat akar umbi," katanya.

Sementara itu, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat semalam, Datuk Bung Moktar Radin (BN - Kinabatangan), menyarankan kerajaan menurunkan kadar GST daripada enam kepada lima peratus.

Perlu kadar lebih rendah

Katanya, kadar lebih rendah itu wajar diberi pertimbangan kerajaan bagi memastikan rakyat tidak tertekan dengan kadar enam peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2014.

Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai GST kepada rakyat bagi mengelak isu itu diputar belit pembangkang.

Katanya, penerangan perlu meliputi justifikasi peningkatan GST daripada cadangan awal empat peratus kepada enam peratus yang diumumkan dalam Bajet 2014.

No comments:

Post a Comment