GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

GST beri kesan neutral ke atas eksport Malaysia



KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilihat hanya akan memberi impak neutral terhadap sektor eksport Malaysia dalam jangka panjang. 

Perunding Prinsipal DB Dynamics Consultancy, Dr. Mahadevan berkata, GST yang diumumkan dalam Bajet 2014 lalu telah dilaksanakan di negara luar dengan jayanya. 

"Eksport negara tidak dapat dinafikan bakal menerima impak berikutan perniagaan menerima pakai GST pada peringkat awal pelaksanaannya nanti. 

"Bajet 2014 secara keseluruhan adalah seimbang di mana kerajaan sedaya upaya menyediakan persekitaran baik untuk sektor perniagaan," katanya dalam seminar analisis Bajet 2014 berhubung bantuan kewangan kerajaan untuk sektor korporat di sini hari ini. 

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment