GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

Doakan Azizan, jangan guna untuk politik


ARKIB : 27/10/2013

JERAI 26 Okt. - Tindakan Pas memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau disifatkan sebagai satu tindakan terdesak parti itu untuk meraih sokongan pengundi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pas sepatutnya mendoakan kesejahteraan Allahyarham Azizan dan bukannya menggunakan nama beliau di dalam kempen politik mereka.

"Kita doakan mudah-mudahan Allahyarham (Azizan) segala amalan dia, perbuatan dia akan mendapat keredaaan daripada Allah.

"Kita jangan guna orang yang dah meninggal dunia semata-mata nak meraih sokongan dan menjadi bahan kempen politik kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah-rumah pengundi di kawasan Titi Batu, Kampung Ulu Sedaka, Kampung Selengkoh dan Simpang Tiga Luar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pas yang mengatakan calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat ialah anak didik bekas Menteri Besar Kedah berkenaan.

Pas turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.

Menurut Mohd. Shafie, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menggunakan taktik sebegitu di mana-mana pilihan raya.

"Kita biarkan pengundi nilai kerana saya yakin pengundi di sini semuanya bijak seperti orang Kedah buat keputusan dalam pilihan raya umum lalu sehingga memungkinkan BN bertapak semua di sini," ujarnya.

Tambah beliau, pihak kementerian juga telah meluluskan peruntukan bernilai RM2.33 juta untuk membaik pulih jalan kampung di kawasan Sungai Limau bagi keselesaan penduduk di situ.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015, Mohd. Shafie berkata, perkara tersebut sudah tentu akan diputar belit oleh pakatan pembangkang sehingga akan menimbulkan kekeliruan terutama ketika kempen PRK Sungai Limau ini.

"Penduduk kampung kena jangan dengar sangat puak pembangkang ini, apa yang kerajaan buat semuanya tak betul dia tak buat langsung dia yang betul.

"Rakyat jangan ukur dengan hanya dengar ucapan pembangkang, bila dia datang ke kampung kita tanya dia apa sumbangan dia kepada kampung kita, tanya dia apa boleh bantu di Sungai Limau ini," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment