GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, January 30, 2014

Peniaga tidak boleh kenakan cukai GST sebelum tahun depan


2014/01/30 - 16:09:45 PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan arahan melarang restoran atau hotel daripada mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas pelanggan mereka sebelum 1 April 2015. 

Beliau berkata, sudah ada restoran atau peniaga yang mengenakan GST, dan meletakkan cukai itu dalam resit pelanggan sebelum tarikh yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini. 

"Apabila ditanya, mereka ini memberitahu bahawa GST ialah 'Government Service Tax' (Cukai Perkhidmatan Kerajaan). 

"Perbuatan ini patut dihentikan... saya keluarkan arahan ini supaya tidak ada mana-mana kedai menggunakan perkataan GST. Tidak ada perkara yang disebut sebagai 'Government Service Tax'. Yang wujud cuma cukai perkhidmatan dan cukai jualan sahaja," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. 

GST yang ditetapkan pada kadar 6 peratus akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus, yang pada masa ini dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu, seperti makanan dan minuman dalam perkhidmatan restoran serta hotel. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment