GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Tuesday, January 28, 2014

Kaji kesesuaian pengkorporatan JKDM


Publication: HM
Date of publication: Jan 27, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 020

Johor Bahru: Kerajaan akan membuat kajian menyeluruh berkaitan kesesuaian mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian itu dijangka mengambil masa antara tempoh tiga hingga empat bulan sebelum ia boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, kajian itu membabitkan pelbagai perkara termasuk isu kelayakan dan perjawatan dalam kastam.

"Setakat ini, kami mengenal pasti beberapa kesukaran yang dihadapi anggota serta pegawai kastam di negara ini.

"Antaranya termasuklah tidak menerima kenaikan pangkat walaupun lama berkhidmat di jabatan.

"Selain itu, anggota dan pegawai kastam tidak mendapat sebarang pengiktirafan walaupun mempunyai kelayakan di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD)," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-32 di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, semalam.

Najib pada masa sama menggesa kastam menaik taraf sistem sedia ada sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa 1 April 2015.

"Kami sedar banyak cabaran menanti di depan dan kerana itu, segala persiapan hendaklah dilakukan dengan penuh teliti.

"Harapan saya kastam mampu mengambil langkah proaktif termasuk mewujudkan sistem cekap bagi memastikan pelaksanaan GST tidak mendatangkan kesulitan kepada rakyat, sebaliknya memberi manfaat kepada mereka.

"Selain itu, ia penting dilaksanakan dengan adil, telus dan efisien," katanya.

2 comments:

  1. Mengkorporatkan kastam tidak akan menyelesaikan masalah, contoh yang terbaik ialah MAS (HAMPIR BANKRAP) , sebenarnya parti politik yang patut diswastakan atau diberi target seperti swasta (mana parti politik yang tidak mencapai target akan dibubarkan dalam pilihanraya akan datang), ahli politk selalu kacau urusan pengambilan pihak atasan jabatan yang diswastakan seperti memberi jawatan kepada politician yang kalah dalam pilihanraya. PETRONAS menawarkan jawatan konsultant kepada bekas perdana menteri adalah contoh terbaik.

    ReplyDelete